I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 1, 2010

Anugerah Kecermelangan


Pada minggu yang lalu SJK (C) St.Leonards telah dianugerahkan sijil kecemerlangan berdasarkan peningkatan peratusan markah GPS dan bilangan A bagi peperiksaan UPSR setiap tahun.

Tahniah diucapkan kepada semua guru. Tanpa usaha dan sokongan dari pihak mereka, tak mungkin sijil ini layak digenggam. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Friday, April 23, 2010

Lawatan Naziran Perjawatan 2010

Tarikh       : 21hb April 2010
Masa        : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat     : Perpustakaan sekolah
Kehadiran : Pasukan Nazir Perjawatan dari Kementerian Pelajaran Malaysi
 Perbentangan dokumen dari bahagian pentadbiran sekolah

 Pasukan Naziran meneliti dokumen dan menerangkan sesuatu kepada pihak sekolah

Perbentangan dokumen dari pihak sekolah

Lawatan keseluruhan akan dibuat pada 26hb April 2010. On your mark, get set, GO!!!!
;)

Persediaan Hari Sukan

 Bermula pada minggu ini setiap pagi di padang sekolah dipenuhi oleh gelagat pelajar yang kelihatan bersungguh-sungguh berlatih bagi Hari Sukan itu nanti.

Guru Besar memberi pelepasan selama 1 jam setiap hari bagi tujuan ini.









Auntie jugak tidak ketinggalan menolong keperluan yang bakal digunakan pada hari sukan kelak.

Semoga acara tahunan ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran para jemputan.
;)

Thursday, April 8, 2010

Perubahan

Telah diwar-warkan bahawa Sukan Tahunan Sekolah akan dianjakkan kepada tarikh baru.

9hb Mei 2010

;)

Friday, March 12, 2010

Persedian Hari Sukan Sekolah

Guru-guru telah bersidang dan sebulat suara mengambil 25hb April 2010 sebagai Hari Sukan Sekolah. Seperti tahun- tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan guru-guru sedang berhempas pulas untuk menjayakan acara gemilang ini.

Walaupun pada bulan ini terdapat peperiksaan dan cuti selama seminggu namun itu tidak melemahkan para guru membuat perancangan dan persediaan.

Antara warga sekolah yang tidak menang tangan termasuklah Auntie Soon dan Auntie Kooi Hwa juga. Mereka ialah pekerja am di sekolah ini tetapi sangat rajin dan berdedikasi.

Lihat sajalah ketekunan dan kesungguhan mereka untuk menghasilkan bip yang akan dipakai oleh peserta sukan itu nanti.

Wah! bip sudah sedia untuk digunakan. Cantik dan kemas. Semestinya seluruh warga sekolah tidak sabar untuk menantikan acara tahunan ini. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Akhir kata , Majulah Sukan untuk Negara. :)

Monday, March 1, 2010

Sejarah

*
SJK (C) St. Leonards adalah sebuah yang terletak di Ladang Lukut- Port Dickson yang dianggarkan sejauh 6km dari pekan Port Dickson. Sekolah ini mempunyai keluasan sebanyak 1 hektar.

Sekolah ini adalah sebuah sekolah bantuan modal dan jenis gred dibawah enrolmen. Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1955 oleh seorang kontraktor Ladang Guthrie yang bernama Kuan Nam. Pada ketika itu beliau melihat ramai anak kaum India berpeluang belajar di sekolah, manakala anak kaum Cina tidak berbuat demikian atas kesempitan hidup dan terpaksa menolong ibu bapa mencari rezeki. Maka beliau pun berusaha untuk mewujudkan peluang bagi membolehkan mereka menuntut ilmu.

Diakibatkan tiada sumber kewangan maka beliau telah meminjam bangunan sekolah Tamil pada sekolah petang bagi sessi pembelajaran. Pada tahun 1958, masyarakat Cina di ladang ini berserta pihak Guthrie telah berusaha mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi membina 2 buah bilik darjah yang kecil. Tapaknya adalah berdekatan dengan sekolah Tamil tetapi sessi persekolah masih di sebelah petang memandangkan pelajar masih membantu ibu bapa mereka pada waktu pagi. Namun pada tahun 1982, pihak sekolah telah menukar sessi persekolahan kepada waktu pagi.

Dan sehingga hari ini, sessi persekolah pagi masih terus dikekalkan dengan bilangan murid seramai 196 orang.