I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 12, 2010

Persedian Hari Sukan Sekolah

Guru-guru telah bersidang dan sebulat suara mengambil 25hb April 2010 sebagai Hari Sukan Sekolah. Seperti tahun- tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan guru-guru sedang berhempas pulas untuk menjayakan acara gemilang ini.

Walaupun pada bulan ini terdapat peperiksaan dan cuti selama seminggu namun itu tidak melemahkan para guru membuat perancangan dan persediaan.

Antara warga sekolah yang tidak menang tangan termasuklah Auntie Soon dan Auntie Kooi Hwa juga. Mereka ialah pekerja am di sekolah ini tetapi sangat rajin dan berdedikasi.

Lihat sajalah ketekunan dan kesungguhan mereka untuk menghasilkan bip yang akan dipakai oleh peserta sukan itu nanti.

Wah! bip sudah sedia untuk digunakan. Cantik dan kemas. Semestinya seluruh warga sekolah tidak sabar untuk menantikan acara tahunan ini. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Akhir kata , Majulah Sukan untuk Negara. :)

No comments:

Post a Comment