I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 1, 2010

Sejarah

*
SJK (C) St. Leonards adalah sebuah yang terletak di Ladang Lukut- Port Dickson yang dianggarkan sejauh 6km dari pekan Port Dickson. Sekolah ini mempunyai keluasan sebanyak 1 hektar.

Sekolah ini adalah sebuah sekolah bantuan modal dan jenis gred dibawah enrolmen. Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1955 oleh seorang kontraktor Ladang Guthrie yang bernama Kuan Nam. Pada ketika itu beliau melihat ramai anak kaum India berpeluang belajar di sekolah, manakala anak kaum Cina tidak berbuat demikian atas kesempitan hidup dan terpaksa menolong ibu bapa mencari rezeki. Maka beliau pun berusaha untuk mewujudkan peluang bagi membolehkan mereka menuntut ilmu.

Diakibatkan tiada sumber kewangan maka beliau telah meminjam bangunan sekolah Tamil pada sekolah petang bagi sessi pembelajaran. Pada tahun 1958, masyarakat Cina di ladang ini berserta pihak Guthrie telah berusaha mendapatkan sedikit sumbangan kewangan bagi membina 2 buah bilik darjah yang kecil. Tapaknya adalah berdekatan dengan sekolah Tamil tetapi sessi persekolah masih di sebelah petang memandangkan pelajar masih membantu ibu bapa mereka pada waktu pagi. Namun pada tahun 1982, pihak sekolah telah menukar sessi persekolahan kepada waktu pagi.

Dan sehingga hari ini, sessi persekolah pagi masih terus dikekalkan dengan bilangan murid seramai 196 orang.

No comments:

Post a Comment